Kisah Malam 7 Lekor dan Dengdeng.
Tuesday, November 01, 2005
Sahibul hikayat pada sebuah malam tujuh lekor..Sedang tuan hamba berjalan di Causeway Point, tuan hamba telah ditakdirkan lalu di hadapan sebuah kedai yang bernama Bee Cheng Hiang.
Bee Cheng Hiang adalah sebuah kedai makanan yang tidak halal kerana ianya menjual daging khinzir atau lebih popular dengan panggilan BABI yang haram lagi mengharamkan, namun daging ini telah disalai dan dirempah untuk menjadi sugguh lazat sehingga menjilat kaki. Macam dengdeng lah gitu.
Berdiri pula di hadapan kedai tersebut, seorang Ah Moi yang kulitnya kendur dan tuan hamba tidak sangsi bahawa payudaranya pun kendur juga. Rambutnya pula saling tak tumpah seperti rambut Sarkasi Said. Cerminmata pula dah sama tebal seperti botol2 jem yang dayang2 tuan hamba gunakan untuk membuat tart strawberi untuk raya nanti.
Si Ah Moi sedang menjalankan kerjanya (demi mencari rezeki untuk menampung 18 ekor kucing2 di rebannya) dengan memberi cebisan2 sample daging babi salai berempah tersebut.
Jadi, apabila tuan hamba lalu di hadapan kedai itu, mungkin tertulis di luth mahfuz atau tersurat sejak azali lagi.... tuan hamba telah dijemput mencuba sedikit sample daging2 babi tu.
Tuan hamba tak tahu nak cakap apa lagi. Bagai satu hinaan gitu tuan hamba di-offer untuk mencuba daging babi tu. Sam tahap hinaan macam kucing di-offer pedigree gitu.
Di malam tujuh lekor pulak tu. Apalah nasib tuan hamba eh?
Sekian.
Dalam bahasa manusia sekarang :
Eh korang tahu AKU tengah lalu depan BEE CHENG HIANG abeh nyonya dia tgh bagi2 sample abeh dia nak bagi AKU eh!!!!!!
Mementang lah bulan puasa daging dengdeng hot kat geylang, nyonya ni pon nak ikot trend lah!!
Malam tujuh lekor lak tu.
3 hari countdown to raya eh baru aku realise yang daging dengdeng ni memang hot giler ah!