runsing.
Friday, February 17, 2006
1. Jikalau kita fikir bahawa yang kita tahu tentang sesuatu tentang seseorang dan kita ingat kita seorang sahaja yang tahu, rupa-rupanya orang lain pun tahu...
..di mana letaknya kita di lubuk hati orang itu eh?
2. Jikalau sesuatu kedukaan itu pernah meruntun jiwa dan buat kita betul-betul pasrah dengan sesuatu...
..bagaimana kita hendak mencari semula kepercayaan dan keyakinan yang telah hilang?
3. Jikalau kita melakukan sesuatu yang betul itu tapi bukan lah dari lubuk hati nurani yang suci tetapi untuk seseorang...
...bagaimana nak lepaskan diri dari keadaan ini?
Entahlah. Terlalu banyak jikalau..
Hidup ini terlalu merunsingkan, bukan?