kehadapan si fulan.
Wednesday, March 22, 2006
Kehadapan Si Fulan,
Saya tahu awak mesti benci saya selepas ini. Sebab mesti dalam kepala otak awak yang berjambul itu sedang fikir yang saya ini pembelot, penipu, mami jarum, mak kepo dan sebagainya kerana memecahkan tembelang awak.
Tapi saya nak awak letak diri awak dalam kasut SAYA. Sebagai seorang sahabat baik yang menyimpan seribu rahsia daripada sahabat baiknya itu sendiri, adakah itu dinamakan persahabatan yang luhur lagi suci murni? Apatah lagi apabila rahsia-rahsia yang disimpan itu membabitkan saya juga.
Dan tidak lupa juga dalam kasut DIA. Apa perasaan awak kalau awak jadi begitu? Apa perasaan awak kalau awak harus "mempalsukan" diri awak untuk seseorang? Dan macam-macam lagi perasaan yang mengusik lubuk hati.. Apa perasaan awak kalau selama ini orang yang awak menghunus seribu harapan sebenarnya melakukan sedemikian atas dasar terpaksa? Atau perasaan awak apabila seseorang itu cuba merubah cara awak tapi awak sebenarnya tidak ikhlas melakukan sedemikian?
Wahai Si Fulan, dengan apa yang telah saya buat ini, saya pasti awak akan hilang segala kepercayaan kepada saya. Benci saya. Meluat dengan saya.
Tapi, sesungguhnya saya tak kisah langsung.
Awak rasa TERTIPU kan?
Hmmm.. TERTIPU? TERTIPU?? TERTIPU??!!
Jadi bagaimana pula dengan si dia yang awak "TIPU" selama ini?
Kenapa awak nak sakit hati apabila awak sendiri merasakan racun yang awak telah bancuh sendiri? Iaitu "RACUN TIPU"?
Si Fulan, saya tak kisah hilang awak sebagai kawan. Saya lebih rela hilang awak daripada hilang kawan baik saya sendiri. Dan saya lebih sedih lagi melihat kawan baik saya dalam kegelapan.
Saya mintak maaf.
Yang benar,
Itik Bergetah.
(P.S : Dan saya gunakan nama "bergetah" kerana getah melekit bukan.. benda di sekeliling mudah sekali melekat dengannya.. Tak faham? Tidak mengapa)