mereka yang meLAYU..
Beberapa sebab kenapa aku rasa mereka tak akan maju kehadapan :
- Sombong apabila sudah "terlalu pandai", dan pandang rendah kepada mereka yang baru nak belajar
- Perasaan HASAD DENGKI, tak boleh tengok orang lain senang, mesti ada sahaja perasaan tak senang hati dengan kebahagiaan orang lain
- Batu api, suka mencari alasan untuk membuat si fulan dan si fulan bertelingkah
- Menunjuk-nunjuk, kalau ada sesuatu yang dimiliki tu mahal ke berjenama ke, mesti nak tayang kat satu dunia
- Mulut murai, suka canang pekong orang kat satu dunia padahal pekong sendiri dia tak nampak
- Macam faham padahal tak faham
Yang sedihnya, nak lari dari mereka pun tak tahu macam mana. HANG TUAH confirm sedih kalau dengar tentang perangai mereka ni sekarang kan?
"Colours come from the refraction of light. But how is there possible for colour, when there is no light?"